Pages

Jumaat, 11 Mei 2012

Internet Penting Untuk Cari Pasangan?

WASHINGTON: Kajian terbaru mendapati, orang dewasa yang mempunyai akses Internet di rumah berkemungkinan besar terbabit dalam hubungan romantik berbanding orang dewasa yang tidak memilikinya. Keputusan kajian itu dibentangkan dalam persidangan tahunan Persatuan Sosiologikal Amerika di Washington, semalam.

Menurut ketua kumpulan pengkaji, Michael Rosenfeld, lebih 82 peratus orang dewasa yang ada akses Internet di rumah mempunyai pasangan romantik berbanding 63 peratus bagi mereka yang tiada akses. Profesor sosiologi di Universiti Stanford itu berkata, Internet memainkan peranan penting bagi warga AS mencari pasangan.

“Ada kemungkinan dalam tempoh beberapa tahun lagi, Internet menjadi lebih penting daripada rakan sebagai cara paling berpengaruh membolehkan warga AS menemui pasangan romantik masing-masing. “Jika ini berlaku, kedudukan rakan untuk seseorang mencari pasangan akan diketepikan pertama kali sejak 1940-an,” katanya.

Internet juga, katanya, semakin penting terutama bagi seseorang yang mencari pasangan sejenis. “Daripada semua pasangan yang mengaku menemui kenalan romantik di Internet, 61 peratus adalah pasangan sejenis,” katanya. Keputusan kajian itu diperoleh hasil penelitian terhadap data diberi 4,002 orang dewasa. – AFP



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...