Pages

Khamis, 10 Mei 2012

4 Sikap Wanita Tidak Digemari Lelaki

Lelaki boleh hilang disebabkan beberapa sikap wanita. Lelaki juga tidak akan mampu bertahan lama dengan wanita yang dikategorikan oleh mereka sebagai membosankan. Perhatikan empat sikap itu.

1. Terlalu banyak mengkritik

Hal ini juga dianggap menjengkelkan apabila wanita terlalu banyak mengkritik lelaki. Contohnya, cara lelaki berpakaian. Lelaki ada gaya tersendiri yang membuat mereka rasa selesa. Jika ingin menegur sekalipun, jangan terlalu kerap atau menyinggung perasaan lelaki.


2. Berlagak seperti ibunya

Sikap suka memaksa atau mengarah itu dan ini sangat menyakitkan hati lelaki. Lelaki biasanya tidak berkenan dengan wanita yang membebel atau mengarah seolah-olah berlagak seperti ibu kepada anaknya.


3. Anti diet

Lelaki menerima wanita seadanya,tetapi biarlah sedap mata memandang. Lelaki menganggap wanita yang tidak mengambil berat soal penampilan diri seperti wanita anti diet agak kurang menyenangkan.


4. Diet...diet...diet...

Terlalu berdiet juga merimaskan dan menjemukan lelaki. Biasanya lelaki mempunyai selera makan yang banyak. Sudah tentu lelaki suka si isteri atau teman wanitanya sama-sama menemani mereka menikmati makanan yang enak-enak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...