![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhghykJsPM4_VM8V7fjuEAD95yIdJsqHWajxTgb6XtorPxmWAXX5sfhvcofn8KLbOA61ggSo4iuuCDoeafiyQEokOdOdH8MSHot88gThrhaj6pBiVpGPzFaeQCyymttFKwKjMMEezWWqzkY/s320/1_192704_1.jpg)
1. Teman
Apa yang lelaki mahu daripada wanita bukan dari segi keperluan seks sahaja, tetapi mereka sebenarnya memerlukan seorang teman yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama mereka. Ini kerana wanita sebenarnya membawa cas yang amat-amat diperlukan oleh seseorang lelaki untuk menguatkan semangat mereka.
2. Terbuka dan jujurLelaki mahu seorang wanita yang terbuka dan jujur. Apabila mereka bertanyakan soalan, mereka memerlukan satu jawapan yang jujur. Mereka mahu tahu apa yang bermain difikiran wanita itu mengenai diri mereka. Seorang lelaki lebih sanggup untuk kehilangan wanita daripada dirinya ditipu.
3. Sifat kewanitaanApa yang tiada pada lelaki adalah sifat kewanitaan. Tetapi mereka amat memerlukan sifat ini untuk melengkapkan kehidupan mereka. Disebabkan ketidaksempurnaan inilah mereka mahu seorang wanita yang bersifat feminin untuk melengkapi keperluan mereka.
4. Penasihat
Perkara yang paling tidak disukai lelaki adalah apabila diri mereka dikawal. Mungkin apa yang wanita cuba lakukan semata-mata untuk menjaga hubungan mereka. Tetapi itu bukan perkara yang lelaki mahu. Lelaki mahukan seorang peneman yang boleh menasihati mereka dan bukannya mengawal apa yang mereka mahu lakukan
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Tiada ulasan:
Catat Ulasan