Pages

Sabtu, 12 Mei 2012

Kisah Pembantu Rumah Ku

Salam pembantu rumah,
Aku ni saja nak bagitahu yang aku ni ada pembantu rumah untuk meringankan beban isteriku. Bukan nak riak dan kecoh2. Dan aku yakin bahawa ko orang semua pun ada pembantu rumah kan.

Aku sekarang ni keboringan sebab mulai esok aku akan lebih busy dari hari-hari biasa selama 1 minggu. Aku ditugaskan diluar waktu normalku... Banyak aktiviti yang perlu dilunaskan on time.

Oh yer, mengenai pembantu rumah tu, aku ambil anak dara jepun. Dia ni ok lah aku kira kerana menepati dengan kehendak aku. Dikala keboringan tak ada buat apa-apa, sesekali aku belai juga dia ni. Kekadang tu, orang umah aku tersenyum lega gak bila tengok aku melayan sidia ni. Tak tau la, mungkin rezeki aku, isteriku tak da rasa cemburu pula tu. Alhamdulillah, dapat isteri yang macam ni kan.

Ketika Muda Dulu

Sepanjang aku berkahwin, dah tiga pembantu rumah ku yang hanya buat kerja rumah yang satu ni. Mula-mula aku ambil jepun tu. Kira boleh la, sebab aku jaga dia dgn baik. Dia bertahan selama 11 tahun dengan ku. tetapi bila aku tengok dia ni dah semakin berusia dan dah tak memenuhi kehendak, aku buat keputusan untuk menukar dengan yang lain. Dia ni aku serahkan pada jiran ku. Isteriku rasa sedih juga bila berpisah dengannya. Maklum la, selama ni dia lah yang banyak membantu.

Aku rasa tak kisah, sebab aku dah ada perancangan lain. Untuk yang ni, memang aku tak beritahu kat isteriku. Nak buat kejutan la konon. Kali ni aku ambil cina pulak. Pagi aku terminate jepun yang dah tua tu dan tengah hari aku bawa pengganti. Ha, yang ni istimewa sikit, bandannya lebih gempal sedikit, putih dan nampak montok. Gebula katakan.

Tengah hari tu, agen pun sampai depan rumah ku bersama pembantu ku yang baru tu. Apa lagi, terkejutlah isteriku... dia terus tersenyum dan memeluk aku tanda kegembiraan. Apabila sampai depan pintu, isteriku cakap la jepun, aku diam aje,agen tu pun diam. Dia belek-belek, dia usap-usap untuk kepastian.

Dah masuk dalam rumah, aku cakap cina. Wah apa lagi, dia ambilnya passport cina tu, dia belek-belek lagi, sah cina katanya lagi. Kenapa tak ambil jepun katanya. Ha aku jawab selamba aje, yang ni besar putih gebu, mesti kuat. Jadi awak lagi boleh rehat sikit lagi. Yang jepun tu dulu aku ambil, yang masih remaja, comel tapi bodynya kiut... yang ni lak, montok... .macam disuntik-suntuk gitu.hahhaha, puas hati...

Biasanya, aku lah yang rasmikan dulu. haha, nak tengok power atau tak... huhuh, memang berbaloi, lincah aje dia ni... bila dah siap, aku pupuk-pupuk dia, lap-lap dia dan aku tidurkan dia. Maklum, hari pertama kan. Mestilah sayang, jaga baik. Isteriku tak kisah sangat, sebab dia tau, lagi banyak aku layan cina ni, lagi isteriku sayang kat aku.

Baru ajer sebulan bersama ku setiap hari, dah mula tunjuk ragam... aku bawa di ke kelinik. Aku dah rasa macam tak berpuas hati lak. Isteriku pulak, dah mula rasa tak seronok, bila dia tengok aku macam lesu aje. Tak ada semangat untuk membelai sicina ni.

Confirm, 3 bulan aje dia mampu melayan kehendak aku. Aku call ajen tadi. Aku kata aku nak terminate cina. Aku nak ambil jepun semula. Aku lebih berpuas hati dengan dia. Layanan bagus, boleh bertahan lama walaupun setiap hari 3-4 round aku kerja pembantu tu. Aku puas serba serbi. Aku tak rasa bimbang pun. Isteriku pun senang hati dan rela hati diatas perbuatan aku.

Dalam pada tu, aku kesian pulak dekat cina ni, selepas aku hantarnya ke kelinik, aku serahkannya pada orang lain pulak. Jiran aku ni, pembantu rumah dia baru aje lari sebab sakit nazak.

Aku suka dengan agen ni, kalau aku call, dia mesti datang. Kali ni dia bawa jepun pula. menepati seperti yang aku mahukan. Agen ni suka sebab aku selalu tak taggguh, terus bayar. Dia tak pening kepala, aku pun tak pening. Bila kepala tak pening, segala urusan berjalan dengan teratur.

Aku puas, isteriku juga girang. Jepun ni dah berkhidmat selama 2 tahun untuk membantu isteriku dan juga melayan kerenah aku dan anak-anak ku. Aku puas hati dengan servisnya. Berbaloi-baloi. Aku berharap,biarlah dia boleh bertahan dengan ku selama mungkin. Paling tidak pun, seperti yang pertama dulu, 11 tahun. Yang ni aku ambil lebih mantap, lebih montok lebih gagah.

Ini lah yang terbaru. Dah 2 tahun bersamaku







Penjaga Gol Rupanye.....

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu. Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah...

Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama.

Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan... "Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?" Pelajar itu menjawab.. "Okey.. boleh saja... !" Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi.. "Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?" "Kerana ... " jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan... "... Saya adalah penjaga gol!"



Harum Pandan Bunga Rampai

"Pernah bercinta?","Pernah putus cinta?"DJ radio yang bertugas pada malam itu ramah mencungkil profil peribadiku. Dan aku pula mendedahkannya seperti air sungai yang mengalir tanpa halangan. Ah! Adakah aku perempuan yang tidak tahu malu? Bukankah ditetapkan lelaki yang boleh meminang perempuan. Lelaki juga yang akan datang melamar seandainya dia sudah berkenan di hati. Tidakkah tingkahku ini seperti perigi mencari timba?

Hanya perempuan yang terdesak mencari cinta akan berbuat demikian. Adakah aku perempuan yang sudah lanjut usia'? Perempuan yang sudah boleh mendaftar untuk menjadi ahli Persatuan Andartu. Hati ini walang sebentar. Waras fikiranku celaru biru..

“Bagaimana dengan ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman, saudari?" Malam semakin tua. Soalan DJ radio terus menerjah timpanumku. Seperti pemanggil-pemanggil sebelum ini, jawapan klise yang diberikan: lelaki yang beriman, lelaki yang baik, berbudi bahasa dan mampu menjagaku hingga ke akhir hayat. Aku seperti perempuan yang tidak tahu malu lalu menawarkan hasrat untuk mencari lelaki yang dapat menerimaku seadanya. Tidakkah lelaki juga mencari perempuan yang dapat menerimanya seadanya. Ligat otakku berputar. Mentafsir impuls yang baru saja diterima.

Aku juga menjadi perempuan yang tidak tahu malu dengan meninggalkan nombor panggilanku agar mudah lelaki yang berminat mahu menghubungiku. Hingga ke saat ini dalam sedar tidak sedar aku tidak menyangka aku seberani itu turut tertarik dengan rancangan yang terbaru yang dikendalikan oleh sebuah stesen radio. “Jodoh itu di tangan Tuhan. Tak usah kau serabut perut nak fikirkan siapa calon suami kau," kata Umairah teman karibku. Umairahlah satu-satunya teman yang sentiasa memberi jambangan semangat untukku teruskan kehidupan.

"Kau itu lainlah, cantik, bijak dan sempurna segala-galanya. Tapi aku...", terkilan -kerana Umairah sempurna penglihatan tidak sepertiku yang serba-serbi hidup dalam kegelapan. Kata-kata Umairah menjentik tangkai hatiku. Walaupun bukan hasad hatinya memantulkan sesuatu yang menyakitkan itu.

“Mana ada orang yang sempurna di dunia ini. Setiap orang ada kekurangan dan kelebihannya sendiri. Jangan kita riak dengan kelebihan itu. Jangan pula merasa rendah diri dengan kekurangan yang diuji oleh Allah SWT." Umairah memperbetulkan kondisi yang hampir tersasar ke jurang perselisihan faham.

“Berilah aku peluang sekali lagi. Aku tahu kau tidak mahu aku kecewa dengan lelaki-lelaki sebelum ini yang bertopengkan syaitan." "Ya, aku takut mereka mengambil -a kesempatan ke atas kau. Mereka bukannya mencintai sepenuh hati kau tapi mencintai harta dan pangkat yang kau warisi." "Kau tak sepatutnya menghukum semua lelaki begitu. Tak semua lelaki memakai topeng syaitan. Masih ada lelaki yang berpegang pada rukun Islam dan rukun Iman."

"Memang ramai lelaki yang berpegang pada rukun Islam dan rukun Iman. Tapi sejauh mana mereka mengamalkannya dan menghayati setiap rukun itu? Seperti juga orang Melayu yang beragama Islam. Mereka Islam hanya pada nama. Tapi suruhan Tuhan tak juga buat. Larangan juga yang dikerjakan," Umairah menahan sendu sebelum menyambungnya lagi. "Maafkan aku, andai aku terlalu emosional." “Tidak ada apa yang perlu aku maafkan. Tidak ada salah yang kau lakukan. Tidak ada dosa kau kepadaku. Sebaliknya aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kau. Kau sentiasa mengingatkan aku seperti gemulah Umiku yang tidak jemu-jemu mencurahkan nasihat. Mengingatkan aku tatkala aku gopoh merajut tali percintaan. Menyambar tanganku tatkala lemas di lautan kehidupan."

"Aku dah anggap kau seperti saudara-maraku sendiri. Umi kau telah banyak membantu keluargaku, malahan aku sendiri. Kalau tidak kerana budinya aku tidak pasti, sampai ke tidak aku ke menara gading. "Entahkan nak tengok tangga universiti pun tak dapat. Kini tibaiah giliran aku pula membalas budinya. Sebelum Umi kau pergi dia ada amanahkan aku supaya tengok-tengokkan kau. Jadi aku pegang amanah itu.” "Ternyata Umi tidak salah pilih orang. Selain aku, kaulah anak angkat yang' disayanginya," kelopak mata mula berkaca. Juraian air mata yang jernih itu membuktikan eratnya silaturrahim yang terjalin.

"Aku tumpang gembira Umairah. Biarpun aku tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti masih ada temanku yang berjaya segulung ijazah." Alhamdulillah setelah seminggu suaraku ke udara di tetuang radio ada panggilan masuk ke nombor yang telah aku tinggalkan. Lelaki itu memperkenalkan namanya Rizal. Dia mahu berjumpa denganku. Tarikh telah ditetapkan. Esok, jam 11 pagi di sebuah restoran.

Baju biru sebagai tanda
Berita itu telah aku hebahkan kepada Umairah. Umairah menyambut dengan hati terbuka. Umairah akan menjadi pemanduku esok hari sekali gus merangkap peneman. Kerja menjadi mudah setelah Rizal memberi petunjuk bahawa dia akan mengenakan baju benrwarna biru muda. Umairah telah memilih baju yang berpadanan untukku gayakan pada esok hari.

Gelisah, gementar merajai hatiku. Siapakah calon lelaki yang bertuah saudi berkenalan denganku? Adakah dia juga lelaki yang terdesak mencari cinta? Atau sememangnya dia lelaki yang benar-benar ikhlas untuk menjalin tali silaturahim. Ujian pertama yang perlu dia lulus adalah:menerimaku seadanya. Umairah memandu dengan cermat. Total dia memberi fokus dalam pemanduan. Undang-undang jalan raya perlu dipatuhi. Prinsipnya ingatlah orang yang tersayang. Agak kelakar tapi prinsipnya itu dapat diterima pakai.

"Umairah, aku risau." Getus hatiku yang tidak tenteram.
"Apa yang kau nak risaukan?"
"Kau tak rasa aku telah menipu Rizal?"
"Menipu"
“Ya. Aku takut Rizal mengelar aku penipu kerana aku bukanlah seperti perempuan yang digambarkannya."
"Kau pun dah beritahu, lelaki yang kau cari adalah lelaki yang boleh menerima kau seadanya. Makanya lelaki yang mahu berkenalan dengan kau perlu akur dengan syarat itu."

Setelah Umairah mengesahkan lelaki yang duduk di pojok meja yang berteman sekuntum mawar itu adalah Rizal, Umairah berlalu meninggalkan aku. Biarpun aku telah menghalang Umairah berbuat demikian, katanya tidak elok mengganggu pasangan yang mahu berdating. Pandai juga Umairah mengusik. Pesannya setelah urusan selesai hubungi telefon bimbitnya. Dia berada di kawasan sekitar. Perkenalanku dengan Rizal berlangsung dengan suasana aman. Pelbagai soalan yang kami ketengahkan. Dari luaran hinggalah ada kalanya menyentuh hal-hal peribadi. Makanan telah dipesan awal oleh Rizal.

Kala perbincangan kami kian rancak pramusaji mohon untuk menghidangkan makanan berserta minuman. Ruang diberikan. Di kedua-dua belah pihak diam sejenak. Tatkala pramusaji usai menjalankan tugasnya agenda diteruskan. Rizal tidak lokek berkongsi ceritanya denganku. Ada satu ketika Rizal menceritakan bagaimana detik percintaannya yang hampir-hampir ke jenjang pelamin musnah. Semuanya angkara ibu calon isterinya yang membatalkan di saat-saat akhir.

Namun Rizal tidak mendedahkan sebab musabab ibu calon isterinya membatalkan perkahwinan itu. Dan aku pula tidak mahu mengusul periksa sebab musabab itu. Barangkali akan menyentuh hal-hal sensitivitinya. Setiap orang ada hak privasinya. Aku tidak pasti sama ada perkongsian Rizal itu bermotifkan untuk mengumpul simpatiku untuk menerimanya atau sebaliknya. Ah! Mengapa aku jadi perempuan yang terlalu pesimisme terhadap lelaki yang sudi berkenalan denganku itu? Andai dia jujur aku harus menerimanya.

Umairah kehilangan kata-kata
Semenjak kepulangan kami dari pertemuan dengan Rizal, Umairah membisu seolah-olah kematian akal untuk memberi respon terhadap lelaki yang baharu sahaja kami temui. Selalunyalah dia kuat mengomen. ltu tak kena ini tak kena.

"Umairah, apa pandangan kau terhadap Rizal?"

"Pandangan yang macam mana pula ni? Bila masa pula kau lantik aku jadi juri? Aku bukannya pandai nak mengkritik. Aku pun belum ada yang punya," Umairah memilih untuk berdiam diri.

"Alah, kau ni berilah pendapat sikit tentang Rizal tu. Handsome tak?"

“Eh, kau ni, dulu kau cakap tak kisah lelaki yang macam mana pun datang kau akan terima. Sekarang ni kau pula nak memilih."

"Bukan macam tu. Kau pun tahu aku ni macam mana."

“Kalau kau rasa dia lelaki yang sesuai untuk kau, kau teruskan. Aku tak halang. Orang tua-tua dulu cakap, kalau nak menilai seseorang nilailah dengan mata hati. Bukan mata yang terzahir itu. Mata batin lebih halus dan dapat merasai dengan lebih baik."

Hari demi hari hubungan aku dengan Rizal bertambah erat. Rizal bekerja di sebuah kedai kraf tangan. Katanya dia mahir menganyam bakul mengkuang. Hasilkraf tangannya itu ada yang dah berjaya ke pasaran antarabangsa.

Dia juga mengumpul hasil-hasil kraftangan dari kampung yang berdekatan untuk dijual di kedainya. Pernah suatu ketika dia masuk ke dalam perkampungan Orang Asli untuk berdiskusi bagi mempromosikan hasil kraf tangan yang dihasilkan penduduk Orang Asli. Usahanya itu sangat murni dan dipuji. Di samping dapat menambah pendapatan penduduk setempat dia juga dapat menonjolkan kraf tangan yang jarang-jarang ditemui.

Rizal bercadang untuk membuat satu promosi secara besar-besaran akan hasil kraf tangan Malaysia. Dia juga telah mengusulkan permohonan kepada Kementerian Pelancongan untuk menyumbang dana bagi membantunya menjayakan program tersebut. Semenjak aku berkenalan dengan Rizal dia tidak pernah menyoal akan kekurangan yang ada pada diriku. Dia juga tidak pernah mengambil kesempatan. Aku dapat rasakan Rizal jujur dalam perhubungan kami.

Tiada yang sempurna
Pergola yang dibina setahun lepas masih kukuh berdiri. Kayu yang digunakan tahan lasak. Dihiasi pula dengan tumbuhan gantungan di sekitar pergola menambahkanseri. Pokok Pertunia dari pelbagai warna menaikkan seri kawasan sekitar. Gemulah Umi adalah individu yang gemar bercucuk tanam. Walaupun sudah dua tahun Umi meninggalkan kami, hasil tanamannya masih terjaga rapi dan hidup subur. Kata orang tidak rugi berbudi pada tanah.

"Salmi, aku ada hal nak beritahu kau. Dah lama aku pendamkan."

"Eh, kau nak kahwin ke Umairah?"

“lni tak ada kaitan dengan aku pun. Inihal kau dengan Rizal," Bicaranya tajam, tidak ada lagi simpang siurnya.

"Kenapa dengan Rizal?"

“Minggu lepas dia jumpa aku."

"Habis?"

“Sebelum tu kau kena tahu yang Rizal juga..."

"Rizal juga apa, Umairah? Kau jangan nak takutkan aku. Rizal ada perempuan lain?”

"Nanti, biar aku habis cakap dulu. Rizal juga tak sempurna seperti apa yang kau ketahui."

“Bukankah kau pernah berkata tak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Aku tak kisah. Aku terima Rizal itu seadanya itu pun kalau dia dapat terima aku seadanya."

"Rizal juga seperti kau. Dia cacat penglihatan. Orang Kelainan Upaya, OKU."

"Apa yang kau cakap ni Umairah, kau tak gurau?"

"Aku tahu kau agak terkejut. Tapi aku harap kau tak salahkan dia. Dia jujur mencintai kau. Minggu depan dia nak masuk meminang. Lepas tu nak kahwin." Lama aku berjeda. Perasaanku ketika itu bercampur baur. Ada kecewa, sedih, marah, suka, bimbang, takut.

“Awak tahu, ramai yang takut hidup dalam kegelapan. Mereka lebih merasa selesa hidup dalam kecerahan. Tapi mereka tidak menghargai. Tidak Tuhan menciptakan cerah dan gelap itu melainkan ada manfaatnya," kata-kata Rizal kembali menayang di gambar fikiranku.

“Dia tahu keadaan aku?"

“Maafkan aku. Aku dah ceritakan segala-galanya. Aku harap kau tak salahkan aku. Aku buat semua ni untuk kebaikan kau juga."

Segala persiapan perkahwinan hampir sempurna. Baju pengantin telah ditempah. Kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan. Rizal telah melamar aku menjadi suri hidupnya. Tuhan telah menemukan jodoh yang sepadan denganku.

DJ radio yang mengendalikan rancangan mencari jodoh itu aku jemput sekali. DJ tersebut telah dilantik menjadi juruhebah pada hari tersebut. Kompang bertalu-talu dipukul. Bunga rampai ditabur- tabur. Harum pandan mengapung di sekitar rumah. Hati longlai pun jadi terhibur-hibur. "Akhirnya dapat juga kita naik ke jenjang pelamin bersama-sama."





Jumaat, 11 Mei 2012

4 Kemahuan Lelaki Dari Wanita

Apabila diceritakan mengenai kemahuan lelaki, pasti pemikiran lebih cenderung untuk memikirkan mengenai seksualiti. Ini kerana kemahuan lelaki lebih sinonim dengan kemahuan seks. Tetapi artikel ini bukan untuk menceritakan dari sudut seks, tetapi lebih kepada kemahuan psikologi. Jadi, apa yang lelaki mahu dari wanita?


1. Teman

Apa yang lelaki mahu daripada wanita bukan dari segi keperluan seks sahaja, tetapi mereka sebenarnya memerlukan seorang teman yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama mereka. Ini kerana wanita sebenarnya membawa cas yang amat-amat diperlukan oleh seseorang lelaki untuk menguatkan semangat mereka.


2. Terbuka dan jujur

Lelaki mahu seorang wanita yang terbuka dan jujur. Apabila mereka bertanyakan soalan, mereka memerlukan satu jawapan yang jujur. Mereka mahu tahu apa yang bermain difikiran wanita itu mengenai diri mereka. Seorang lelaki lebih sanggup untuk kehilangan wanita daripada dirinya ditipu.


3. Sifat kewanitaan

Apa yang tiada pada lelaki adalah sifat kewanitaan. Tetapi mereka amat memerlukan sifat ini untuk melengkapkan kehidupan mereka. Disebabkan ketidaksempurnaan inilah mereka mahu seorang wanita yang bersifat feminin untuk melengkapi keperluan mereka.


4. Penasihat

Perkara yang paling tidak disukai lelaki adalah apabila diri mereka dikawal. Mungkin apa yang wanita cuba lakukan semata-mata untuk menjaga hubungan mereka. Tetapi itu bukan perkara yang lelaki mahu. Lelaki mahukan seorang peneman yang boleh menasihati mereka dan bukannya mengawal apa yang mereka mahu lakukan





Internet Penting Untuk Cari Pasangan?

WASHINGTON: Kajian terbaru mendapati, orang dewasa yang mempunyai akses Internet di rumah berkemungkinan besar terbabit dalam hubungan romantik berbanding orang dewasa yang tidak memilikinya. Keputusan kajian itu dibentangkan dalam persidangan tahunan Persatuan Sosiologikal Amerika di Washington, semalam.

Menurut ketua kumpulan pengkaji, Michael Rosenfeld, lebih 82 peratus orang dewasa yang ada akses Internet di rumah mempunyai pasangan romantik berbanding 63 peratus bagi mereka yang tiada akses. Profesor sosiologi di Universiti Stanford itu berkata, Internet memainkan peranan penting bagi warga AS mencari pasangan.

“Ada kemungkinan dalam tempoh beberapa tahun lagi, Internet menjadi lebih penting daripada rakan sebagai cara paling berpengaruh membolehkan warga AS menemui pasangan romantik masing-masing. “Jika ini berlaku, kedudukan rakan untuk seseorang mencari pasangan akan diketepikan pertama kali sejak 1940-an,” katanya.

Internet juga, katanya, semakin penting terutama bagi seseorang yang mencari pasangan sejenis. “Daripada semua pasangan yang mengaku menemui kenalan romantik di Internet, 61 peratus adalah pasangan sejenis,” katanya. Keputusan kajian itu diperoleh hasil penelitian terhadap data diberi 4,002 orang dewasa. – AFP



Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...